Ahad, 2 Mei 2010

BENGKEL STPM UNTUK SUBJEK EKONOMI....

TAJUK : BENGKEL STPM 1 HARI BERSAMA DR HAMZAID YAHYA.
TARIKH : 29 MEI 2010
MASA : 8.00 PG HINGGA 6.00 PTG
TEMPAT : SEK. MEN. KEB. AHMAD BUSTAMAM, SITIAWAN, PERAK.
YURAN : RM 10.00

KETERANGAN LANJUT : 0169658362 / 0195752801

FASILITATOR : PROF. DR HAMZAID YAHYA. (PERSONAL COACHING)
BIODATA :

Seorang pakar ekonomi yang terlibat secara langsung dalam bidang perancangan ekonomi negara dan pendidikan.Beliau dilahirkan di Batu Pahat Johor dan mempunyai rekod yang cemerlang dalam bidang pendidikan.Menduduki peperiksaan SPM pada umur 15 tahun, STPM pada umur 17 tahun dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada umur beliau 18 tahun.

Mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian pada usia 21 tahun. Memperolehi Ijazah Sarjana Ekonomi dari University of East Anglia , England dan PhD dari Washington State University, USA . Beliau merupakan pelajar pertama yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD di Washington State University dalam bidang ekonomi dalam tempoh 3 tahun 4 bulan berbanding dengan 7 tahun bagi pelajar-pelajar lain. Beliau telah bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia selama 22 tahun dan Departament of Economics, Washington State
University, USA selama 2 tahun. Beliau adalah merupakan pengasas badan jariah Dana Pendidikan Dr. Hamzaid.

Selain itu juga beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam peperiksaan STPM, khususnya dalam mata pelajaran ekonomi dan pernah menjadi ahli Majlis Peperiksaan Malaysia . Beliau telah menulis sebanyak 11 buku teks ekonomi yang diantaranya telah digunakan sebagai teks utama bagi mata pelajaran ekonomi STPM semenjak tahun 1978.

Sabtu, 1 Mei 2010

pembentangan 1 oleh dr mahani dari isis...

laporan lansung tidak dpt buat atas permintaan pembentang close sesion.... harap maaf semua..... tq... UPDATE AKAN DIBUAT DARI MASA KESEMASA...

ISU BLOK M: KERAJAAN PERLU TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA SEGARA.

PERKASA mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja menyiasat serta menyediakan kertas putih berkaitan isu Blok M yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir baru-baru ini. Jika kes jenayah serta yang kurang berkepentingan awam boleh ditubuhkan oleh kerajaan ini merupakan kes berkepentingan negara.
Gesaan tersebut dibuat oleh Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali semasa berucap di pembukaan Bengkel Agenda Melayu Di Dalam Model Ekonomi Baru di ibu negara pagi ini.

MENGABAIKAN PERKARA 153 JUGA ADALAH JENAYAH.

Jenayah bukan sahaja membunuh, merompak, meliwat atau memandu tanpa lesen dinegara ini. Akan tetapi melanggar peruntukan Perlembangaan Perkara 153 juga merupakan jenayah. Meskipun ianya bukan satu perkara yang disedari, perlanggaran akta yang termaktub dalam perlembagaan juga merupakan jenayah.
Siapa yang melanggarnya tidak kira kerajaan atau siapa sahaja perlu dihadapkan kemuka keadilan.

Sekolah Agama Rakyat Perlu Diberi layan yang setimpal..

Kerajaan perlu memberikan perhatian serta bantuan kewangan yang lebih kelapa sekolah Agama Rakyat berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Ini kerana kerajaan boleh membelanjakan kira-kira RM 1.8 billion untuk membayar gaji kakitangan sekolah berkenaan.
Sedangkan pula Sekolah Agama ini dikenakan berbagai sekatan dan halangan untuk mendapatkan bantuan kerajaan. Sekolah ini dikawal bagi memasatikan supaya tidak ada campurtangan politik atau sekolah ini dijadikan markas politik.
Manakala SJK Cina dan Tamil diberikan autonomi sepenuhnya tanpa sebarang kawalan seperti sekolah agama.
Menurut Presiden Perkasa lagi, Datuk Ibrahim Ali "PERKASA mencabar kerana untuk tidak mengenakan sebarang tekanan serta sekatan dan kawalan kepada sekolah agama diberi sama autonomi yang diperolehi SRJK cina dan tamil.

langsung dari memorial tun huseein onn...

70% melayu sokong PERKASA.

menurut Naib Presiden PERKASA, Dr Zubir Harun menyatakan bahawa dalam satu tinjauan yng dibuat bahawa 70% orang Melayu meyokong PERKASA. Ini menunjukkan bahawa sudah berlaku kesedaran dikalangan orang Melayu terhadap perubahan dan pembangunan bangsa.

Jumaat, 26 Februari 2010

LEBIH 60 NGO MELAYU TANDATANGAN DEKELARASI MPM

Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur sekali lagi menyaksikan peristiwa bersejarah selepas 64 tahun perhimpunan pertama yang menghimpunkan orang melayu untuk menentang Malayan Union. Hari lebih 60 NGO berhimpun sekali lagi untuk menanda tangani persetujuan penubuhan Majlis Perunidngan NGO Melayu.

Meskipun perbezaannya hanyalah perjuangan kali ini untuk mempertahankan hak dan ketuannan melayu dan bukan lagi menentang penjajah. Majlis menandatangi kali iniyang berlangsung tepat jam 12.00 tengahari di tempat yang sama pada peristiwa 64 tahun yang lalu.

(nota gambar akan menyusul kemudian)